08 February 2008

aku,kau sama saja.

melihat aku sj mereka sudah mula mentafsir yang kosong-kosong
katakan aku ini golongan yang sombong
aku bukan berdiri tinggi di atas bumbung
sama sj dgn manusia yang tdk agung.

aku tak kan diam kerana aku tak bisu
kenapa sering aku dijadikan isu?
pernahkah aku menyoal kamu knp suka meniru?
itu gaya aku,sikap aku,bukan semua kepunyaan kamu.

bangun pagi itu sudah memadai bg diri ini
masih dptku rasa degup nadi
tapi kenapa dia,dia selalu membayangi?
katanya aku ini 'macam bagus' suka menunjuk diri!

mahu saja aku marah serta berdendam
mahu saja aku hebahkan segala kisah hitam mu
mahu saja aku berikhtiar membutakan mulutmu
mahu saja aku biar mukamu itu berendam

remuk hatiku kau kacau!
tak senang duduk ku kau buat
aku bukan halimunan sampai kau tak nampak!
apakah hatimu itu batu?
sialan saja kau buat hidupku.

benar katamu aku ini suka tunjuk lagak.
tapi apa salahnya jika aku memang punyai lagak.
bukannya seperti kau bertenggek seumpama gagak.
gila menerpa jiwa yang tak segak.

hampir aku ingin mencabut lidahmu hingga tiada.
bodoh sungguh kau ini,lihatlah semua yang aku ada.
apa aku ada,kau juga ada.
kenapa kau terus bersikap dengki yang tak terkata.

itu kau perlu jawab serta-merta.
ilusi yang nyata,aku,kau adalah sama saja.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home