08 February 2008

namanya sahabat.

dari hari isnin hingga hari ahad,yang mana kamu suka?
aku suka hari jumaat,sabtu,ahad kerana istimewa.
jumaat adalah kerana penghulu segala hari.
hari sabtu pula hari aku selalu berjumpa kekasih sejati.
dan hari ahad,aku mengenang saat indah kenangan kami.

kau pula bagaimana sahabat,suka hari apa?
lalu kau berkata"hari-hari pun aku suka."
tapi kenapa kau bernada seakan-akan kecewa.
kau sakitkah atau mungkin sedang terluka?

tiada niatku membuat kau bermuram durja ketika ini.
atau kau terlalu mengambil hati dgn pertanyaan hari?
maafkan ku kawan jika aku membuat kau xsenang hati.
kau ada menyimpan rahsia yg kau xmahu aku ketahui?

oh,kawan.aku kenal kau seawal setahun jagung lagi.
beritahu aku apa yang ada di hati!
mungkin sulit utk kau ungkapkan dengan kata-kata?
jika begitu tulislah pada kertas syg,kertas biru dakwat jingga.
kau suka warna itu bukan?aku masih ingat tetang warna.

lalu kau pergi meninggalkan aku tanpa kata-kata.
aku jadi termangu-mangu dan terpinga-pinga.
segala persoalan bermain di kepala minda.
kenapa kau berkelakuan ganjil didepan mata?

persetankan semua itu!kenapa aku rasa bersalah dengan kau?
maafkan aku wahai sahabat,aku tahu aku mengabaikan kau.
sejak aku mengenal cinta,aku hilang akal dan jauh dari kau.
memang ini salah aku,bukan salah kau.

kringg,kringg.telefon rumah ku berdering dgn nyaring sekali.
ibumu wahai kwnku, ada di hujang talian ini.
memberitakan padaku mengenai kau yg pergi.
mana kau pergi?mana kau pergi?
tiada jwpan dari ibumu,sunyi sepi.

kenapa sayang,kau pergi tanpa kata-kata?
meninggalkan aku buat selamanya.
ibumu kata bahawa kau sakit sebenarnya.
oh,kenapakah kau jadikan itu rahsia??

terima kasih kerana menuliskan aku sepucuk surat.
akan aku genggam surat ini seerat-erat,
seperti kita berpegangan tangan lari dari syarat.
semasa sama-sama menghadapi kesukaran jerat.

semoga kau berbahagia di alam yang kekal selamanya.
akan ku kenang segala kisah kita.
maafkan aku kerana bersikap acuh tak acuh dengan kau.
terima kasih kerana masih mengganggap aku penting bagi kau.

kasih aku pada kau xkan pernah pudar wahai sahabat.
biarpun kau tiada lagi di dunia ini.
kau masih seperti selalu,kau hebat!
kerna menyembunyikan kesakitan dari diri ini.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home