15 June 2009

kenangan

adakalanya kenangan lalu menyakitkan aku.
adakalanya kenangan lalu menyedarkan aku.
adakalanya kenangan lalu membunuh aku.
adakalanya kenangan lalu mengusik jiwa aku.

aku cuba melahirkan rasa gembira.
aku juga cuba melahirkan rasa suka.
tapi apa yang terjadi,adalah sebaliknya.
pedih,sedih,pilu,kecewa,itu yang aku rasa.

konotasikan bahawa hidup ini indah sentiasa.
biar deru angin yang kedengaran di telinga.
sayup-sayup kenangan pergi dengan irama.
walaupun bunyi angin tidak mengeluarkan nada.

aku tak mampu lagi menahan diri.
patutkah aku membiarkan kenangan berlalu pergi?
haruskah aku simpan kenangan itu di dalam peti?
jika dilepaskan seperti ada azab di dalam diri.

p/s: aku tak mahu tersepit.aku hanya mahu bebas tetapi kenangan itu seakan-akan tidak mahu membiarkan aku lepas.jika dibiarkan aku akan menjadi lemas.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home