15 July 2008

yang pertama.

kau mungkin yang pertama sekali.
lelaki pertama yang aku kenali.
sudah ku tahu segala hati budi.
kau lelaki yang berbudi pekerti.

suatu masa dulu kau selalu membayangi aku.
lihat cermin selalu ada kau dan aku.
kau andaikan aku cinta pertama mu.
bagi aku,itu mainan masa dahulu.

maafkan aku kerana membuatkan kau kecewa.
maafkan aku kerana membiarkan kau derita.
maafkan aku kerana tak peduli tetang semua.
maafkan aku kerana membuatkan kau rasa terhina.

semua itu dulu,15 tahun yang lalu.
aku berusia 5,kau berusia 6 tahun sekecil itu.
yang mana kaca,yang mana permata pun aku tak tahu.
inikan pula cinta yang menghanyutkan jiwa aku.

kau pernah kata;kejora itu menghampiri kita.
kau akan selalu menemani aku di mana saja.
kejora itu ibarat kau yang menjaga.
kau tahu dan tunaikan segala yang aku pinta.

kau berikan aku kucupan mesra.
kehangatan tubuhmu masih terasa.
namun apa yang aku tahu masa itu?
janganlah kau menyalahkan aku.

kau lelaki pertama memberi kucupan padaku.
kau lelaki pertama yang mendakap aku.
kau lelaki pertama yang memberi cinta padaku.
kau lelaki pertama yang menaruh harapan padaku.

aku tahu,aku pergi tanpa meninggalkan pesan.
aku terpaksa pergi tanpa dapat berjalan perlahan.
sewaktu itu kita berpisah secara terkilan.
aku fikir kau hanya khayalan.

10 tahun kemudian,kita bertemu lagi.
aku gembira dapat bersua kembali.
malangnya kau tidak seperti dulu lagi.
aku anggap kau sudah dewasa kini.

mana janjimu akan selalu temani aku?
mana kucupan yang kau beri dulu?
mana dakapan yang kau beri padaku?
mana cinta yang kau dambakan padaku?

sudahlah,usah kau fikirkan jawapan itu.
biarkan saja soalan yang aku berikan padamu.

kini,kau dan aku menjadi sahabat sejati.
walaupun jauh tetapi dekat di hati.
kisah lalu kita jadikan kenangan abadi.
kelak kita bertemu,simpan saja di hati.

p/s:segala kenangan indah aku dan kau takkan pernah aku lupakan.kau mungkin yang pertama tapi bukan segala-galanya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home