19 June 2008

mana mungkin.

bila aku lihat langit tadi seperti ada halilintar lalu di depan mata.aku jadi kaget tapi beranikan diri.mahu terus melihat langit yang di hiasi bintang-bintang.aku suka lihat langit waktu malam.aku perhatikan bintang.aku perhatikan bulan.cumanya,bulan sukar untuk di lihat.kadang-kadang ada,kadang-kadang seperti hilang dari pandangan.aku tak tahu mengapa.bulan,jangan kau hilang lagi.aku suka lihat kau.terus-terusan aku teringat akan sesuatu;bulan,seperti hampir denganku tapi tiada di sisi.faham?abaikan aku.

dengar apa yang ingin aku luahkan;

pemuzik jalanan itu pernah katakan,
jangan cepat berputus harapan.
tapi dia hanyalah pemuzik jalanan.
tiada arah mahupun hala tujuan.

mahu aku katakan dia tunjuk pandai.
tapi sebenarnya tak tahu menilai.
aku jadi alpa dan lupa diri.
asal usul aku bukannya bijak bestari.

benarnya kata pemuzik jalanan itu.
lihat rupa aku,dia sudah tahu.
lihat rupa aku,dia dapat baca diri aku.
aku tak kuat dan selalu terburuburu.

benar,aku tak punya akal yang panjang.
selalu saja suka melayanglayang.
kononnya pergi ke bulan hanya terbang.
sifat aku ini harus di buang.

aku lagi serabut,tak tentu arah.
aku tahu diri sendiri jadi marah.
malangnya,aku tahu aku terbagi.
mana mungkin aku melarikan diri.

tutup mata,lenakan diri.
lihat esok masih ada lagi.
tapi diri tetap begini.
tak berubah walau seinci.

p/s:aku bodoh,sukar untuk berubah ke arah positif.banyak silapnya.bagai kucing yang di beri ikan tapi meminta nasi sekali.

_______________________________________________________

farah,ini pulau perhentian kau.shit,ada awek seksi di situ.hahahaha.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

haaaaaaaaaaa jom pergi jom!!!!!!!!!!!! boleh kita berbikini di tepian pantai sambil menghirup air kelapa sejuk di temani oleh lelaki lelaki mat saleh yang hot hot seperti sang suria.

June 24, 2008 12:47 PM

 
Blogger izyanwasli said...

mat saleh seperti sang suria?bluueek:P.sayang,kau support aku all the way okey!!

June 28, 2008 11:59 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home