18 February 2008

mata dan hati.

kejora itu sering bekerdipan di mlm hari.
pabila hari siang,kerdipan itu akan hilang.
muncul sang suria menerangi bumi ini.
segalanya boleh dilihat dengan terang.

sering aku bertanya pada kejora,
akankah cintaku bakal hilang bila hari siang?
namun kejora itu terus bekerdipan tanpa jawapan.
aku buka mata,lalu tanya pada minda,
cintaku takkan semudah itu akan hilang!

kerana cinta,aku rindu pada kau.
walaupun suria,bulan,kejora sering muncul di langit,
kisah aku dan kau xkan pernah berhenti.
semakin aku cinta semakin aku merindui.

mata ini jadi saksi,hati ini sering berbisik,
telingaku pula sering terdengar bisikanmu.
sayang,sesungguhnya aku ini gila bayang.
rinduku padamu setinggi gunung-ganang.

ah,masa berlalu dengan pantas,tanpa kita sedari,
mungkinkah akan ada hari esok buatku?
jika aku tiada pada esok hari sayang..
ku harap kau akan terus bahagia dan gembira.
kebahagiaanmu akan membuat ku bahagia.

sayang,simpanlah rindu itu kerana rindu dpt mengikat rasa cinta.
rasa cinta yang takkan mati di minda mahupun hati.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home