15 April 2008

bila aku kata

tulus ku katakan aku bukan baik hati.
ikhlas ku katakan aku bukan bijak bestari.
aku hanyalah manusia yang mahu bersendiri.
aku juga sentiasa takut dengan diri sendiri.

aku bermadah hanya dengan hati.
aku berbicara ikut kata sendiri.
bukan mahu menyombong diri.
cuma mencari pendirian sendiri.

khilaf aku tak mahu mendengar katamu.
aku ini tak mahu berdolak-dalik darimu.
tak guna aku membolak-balik katamu.
tak mahu aku memutarbelit keadaanmu

telah ku cuba tafsirkan segala yang di katakan.
telah ku cuba rungkaikan segala yang diberikan.
tapi aku tak dapat apa yang aku mahukan.
maaf,aku tak jumpa apaapa jawapan.

benarkah katamu aku buta?
benarkah katamu aku tak mendengar kata?

aku cuma mahu yakin pada diri.
menghilangkan segala prasangka diri
aku tak mahu tewas pada diri sendiri.
apa yang aku mahu hanya percaya pada diri.


p/s:aku sering bertelagah kerana aku dikatakan tak mahu mendengar kata orang lain.tapi aku sebenarnya hanya mahu yakin pada diri,aku mahu mencari identiti sendiri supaya aku tak takut pada diri sendiri.bukannya berlagak dan menyombong diri.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home