21 March 2008

semalam

apa yang terjadi semalam?
kenapa kau nampak kelam?
sayu benar wajah yang kau tunjukkan.
perilakumu mengundang seribu pertanyaan.

hari ini kau kata mahu bertemu lagi.
meluahkan segala yang terbuku di hati.
rasa berbungabunga ingin bertemu lagi.
aku bersiap dengan senang hati.

terpancul lagi wajahmu yang muram.
sama seperti hari yang semalam.
semua tingkahmu nampak suram.
hey sayang,kau buat aku geram!

aku bersuara namun kau diam membisu.
oh,apa yang telah terjadi kepadamu?
jiwa aku rasa tak tentu.
selagi kau diam membisu.

tibatiba kau mengeluarkan satu kata.
padat,ringkas,terang dan nyata.
"mari kita putus saja"
dengan nada yang begitu bersahaja.

benarkah itu yang kau pinta?
benarkah itu yang kau kata?
benarkah sayang?benarkah sayang?
oh jiwa,aku rasa diri melayanglayang.

inginku menangis di situ juga.
tapi ku tahan menutup duka.
pasrah,aku tak dapat berkatakata.
kau masih ulangi ayat memilukan jiwa.

mengapa sayang,mengapa kau katakan itu?
benarkah kau ada yang lain menantimu?
sewaktu kau mencurahkan cintamu padaku,
rupanya kau berpegangan tangan dengan kawanku.

kenapa aku begitu dungu?
tak tahu apa yang berlaku.
kawanku memperbodohkanku.
sungguh aku tak tahu.

apa yang patut aku lakukan?
saatku tahu hatiku kau permainkan.

kawan,mengapa kau lakukan begini?
kau lawan bukan kawan jika begini.
sayang,kau fikir aku tiada hati?
biar saja aku bersendiri.

tegar,pasrah,redha.

mencari di mana silapnya aku.
mencari di mana hebatnya kawanku.
mencari di mana dungunya aku.
mencari d mana bijaknya kawanku.

sepi,hati ini sepi.
aku mahu pergi.
lupakan semua yang terjadi.
mencari bahagia sendiri.

tak perlu cinta,tak perlu teman,tak perlu kawan.
kamu semua boleh pergi jahanam!

aku seperti tak kuat untuk mengharungi.
aku masih rasa ini satu mimpi.
aku tak kuat seperti yang aku ingini.
aku tak dapat menerima apa yang terjadi.

p/s:jangan terlalu percaya dengan manusia sekeliling.mereka mungkin bukan seperti yang kita sangka.hati manusia cepat benar berubah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home