27 February 2008

menanti berganti.

petang itu kamu kata terjumpa aku.
aku berlegar-legar tiap petang di situ.
tapi kehadiranmu tidak pula aku tunggu.
dulu,sewaktu aku kesepian aku mahu,tp kau jauh dariku.

bila aku sudah xmenunggu kamu,kamu ada di situ.
kamu fikir aku sampah?tunggu utk dikutip oleh kamu?
kamu fikir aku penunggu,sentiasa menunggu kamu?
kamu itu aku tunggu utk apa?
menunggu untuk kamu mainkan hati buat kali kedua?

tiap detik,tiap saat yang dulunya sudah ku buang utk kamu.
aku yang dulunya penuh dgn harapan mengharapkan kamu.
aku yang dulunya sangat dungu menantikan kamu.

petiklah bintang itu sayang,biar aku simpan.
tapi kamu xpernah datang,biar aku keseorangan.
benar,kamu xpernah datang,biar aku kesepian.

kini,aku sudah jadi milik orang.
aku di sini bkn menanti kamu sayang.

usahlah kau tagih kasih yang sudah tiada.
usahlah kau tangis kisah yang sudah tiada.
usahlah kau ungkit kesetiaan yang sudah tiada.

penantiku berakhir sampai di sini saja.
kamu tahu aku ini milik siapa?
aku ini milik manusia,manusia berhati mulia.
dia dtg padaku saat aku di dlm hiba.

kamu ini siapa?datang untuk menagih kasih?
kamu tau dulu kamu tinggalkan aku?
tinggalkan aku kerna tiada rasa kasih.
kamu kata tiada hati pada aku.

dulu rasa sayang itu ada.
kini rasa benci itu ada.
mahu kamu rasa apa yg aku rasa?
nah,ambil saja rasa yang aku rasa.

tiada deru angin membawa seru.
kali ini aku yang tinggalkan kamu.
sama rasanya waktu yang dulu.
sewaktu kamu pergi berlalu.

kisah kita tiada mulanya.
tiada mula,tiada hujungnya.
jangan kau pinta yang indah saja.
ku beri luka yang perit saja.

ini kisah cinta yang lalu.
kini aku xmahu kamu.
puas dulu aku menunggu.
kini cintaku pada yang satu.

maaf sayang,kamu terlambat.
simpan langkah itu biar terhembat.
maaf sayang aku ini milik orang.
duduklah disana mengejar bayang2.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home