26 February 2008

senyum

senyumlah melihat aku.
senyumlah melihat sepiku.
senyumlah bila aku tidak sekuat itu.
senyumlah kerana aku kalah begitu.

gugur aku,jatuh aku,buat kau tersenyum.
malu aku,sedih aku buat kau tersenyum.

senyumlah sepuas-puasnya.
gugup aku buat kau senyum gembira.
aku ini jelik,buat kau senyum tertawa.
semua rasa binasa,kau rasa suka.

senyum kau ada makna.
mahu lihat aku tersungkur saja.
senyum kau sangat bermakna.
bila kalahku tiada hujungnya.

sedar tak kau,sewaktu malam itu aku berjalan,
berjalan jauh xmahu terjatuh.
tapi sayangnya,aku berdiri dengan rapuh.
xsempat untuk pergi dgn jauh.

kau senyum tanpa membantu aku.
kau senyum krn fikir kemenangan tanpa aku.
kau senyum krn bodoh itu milik aku.

durjana sungguh manusia ini.
hitam pekat hati kau ini.

kau senyum kerna bisa menjatuhkan aku.
kau senyum kerna bisa memalukan aku.
kau senyum kerna bisa melemahkan aku.

sepi menjana jiwa yang aku halusi.
tanpa satu pun aku meresolusi.
senyummu nampak sinis sekali.
langkah ku jauh untuk pergi.

ambillah kemenanganmu dengan senyum.
terimalah kekalahanku dengan senyum.
meronta di jiwa tiada guna.
biarlah kau senyum dgn gembira.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home