19 March 2008

satu mimpi.

diamdiam bersahaja
apa yang kamu dapat dari itu?
lihatlihat bersahaja
apa yang kamu dapat dari itu?

selamatkan jiwa aku dari lemas.
aku tak mahu ada rasa rimas.

tunjukkan aku jalan.
biar aku kemudi seorangan.
tunjukkan aku mimpi.
supaya aku tidak di alam realiti.

fikirku di benak selalu begitu.
fantasi adalah lebih indah buatku.
tak kamu rasa begitu?
katakan saja jangan malu.

takut untuk rapat dengan aku.
kamu takut aku siatsiat kamu?

aku di sini bukan mencari lawan.
jangan kamu hunus segala yang sialan.
lontarkan segala yang menjadi persoalan.
aku akan berikan semua jawapan.

lihat unggas-unggas berterbangan?
kamu mahu tunggu hingga kegelapan?
maaf,aku xmahu menunggu.
menunggu sering kecewakan diriku.

aku mahu terus bermimpi.
bermimpi dengan segala nurani.
agar mimpiku menjadi indah dan sepi.
tidak perlu lagi aku tercari-cari.

aku tak mahu terus terobek jika di sini.
aku tak mahu terus sakit jika di sini.
aku tak mahu terus memekik jika di sini.
aku tak mahu terus merana jika di sini.

cerita dongengan mahu aku jadikan realiti.
maaf,aku tahu sudah banyak aku bermimpi.
tapi aku bosan memilukan diri sendiri.
terasa seperti kisah hidup yang tiada erti.

usah kamu sandarkan jiwa padaku.
uash kamu serahkan hati padaku.
kerna sanubariku telah aku tutupi.
kerna aku tak mahu di tipu lagi.

aku mahu melunsuri impian di alam nyata.
aku mahu melayari bahtera di alam nyata.
tapi aku takut,takut jiwaku akan terdera.
aku tak mahu menyakiti jiwa dan raga.

biar aku terus bersandiwara.
jangan kejutkan aku di alam nyata.
biar aku terus bermimpi sahaja.
agar aku dapat kecapi bahagia.

p/s:hidup ini penuh dengan pancaroba.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home