03 March 2008

takut pada diri.

gentar tak usah aku peduli.
genggam erat jemariku sendiri.
gila rasa semakin kekal di hati.
getus jiwa xmahu berlari.

diri semakin takut dengan bayang sendiri.
mengapa aku jadi gelisah dgn diri?
aku seperti mahu pergi melarikan diri.
walhal aku sendiri xmengerti.

akal sempit,jiwa terhimpit.
diriku ini lagi tersepit.

hilang saja aku dari sini.
seketika waktu aku memencil diri.
betapa aku takut menghadap diri.
jiwaku kononnya kental begini.

gagah bukan lagi refleksi aku.
cermin xmahu terima aku.
bayang sendiri cuba lari dari aku.
betapa takutnya aku pada aku.

hilang aku maksudnya sudah tertewas.
mungkin aku kekal menangis.
murung pasti bersarang di hati.
sudah pasti xmahu bersimpati.

selama ini xingin aku ucapkan pergi.
tapi kali ini,aku harus pergi.

aku pergi mengenal erti diri.
bukannya mahu melarikan diri.
cari erti sebenar jati diri.
agar dpt mentafsirkan diri.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home