19 March 2008

kotak itu

melihat kotak itu aku teringat kamu.
banyak sungguh memori dalam kotak itu.
semua memori tentang kau dan aku.
segala pemberian kau pada aku.

mahu aku buka kotak itu.
mahu aku lihat kembali isi kotak itu.
tapi sayang sekali,aku takut teringat kamu.
aku takut kamu kembali menghantuiku.

pernah suatu masa dahulu,
aku menangis kerna kotak itu.
pernah suatu masa dahulu,
aku tertawa kerna kotak itu.

suka,duka,tawa,hiba
kita kongsi bersama.
segalanya masih segar di minda.
aku ingat wajahmu seketika.

saat aku sayang,benarbenar sayang padamu.
saat aku perlu,amatamat perlu padamu.
kau pergi meninggalkan aku sendiri sepi.
kau hilang lenyap pergi memencilkan diri.

kini yang tinggal hanya kotak itu.
segala kisah silam ku simpan di situ.

kenapa kasih kau tinggalkan aku?
kenapa cinta kau pergi tanpa beritahu aku?
kenapa sayang kau hilang tanpa khabarkan padaku?
kenapa,kenapa sayang kau carik-carik hatiku?

sayang sekali aku tak sanggup membuang kotak itu.
terlalu banyak memori tentang kau di dalam itu.
jika satu hari nanti kau kembali padaku
jangan kau cari cinta yang aku beri dulu.

aku tak mahu menyambut cinta darimu.
aku tak mahu menyahut kata darimu.
kerna ku tahu cintamu dusta sahaja.
kerna ku tahu katamu palsu sahaja.

mana kau hilang sewaktu cinta ku curahkan?
mana kau pergi sewaktu kasih ku berikan?
sudahlah sayang,biar aku dalam kegelapan.
bait-bait indah bersamamu akan aku kuburkan.
kotak itu akan aku lenyapkan.
kotak itu akan aku hapuskan.

segala tentang kau tidak akan aku sematkan.
biar hati aku tiada lagi rasa kepedihan.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

wow.impressive girl.
kotak itu.i thought of the kotak i gave u before?
tapi sayang sekali krn cinta yang ku beri kau tolak.

March 20, 2008 5:20 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home