26 March 2008

menangis hiba.

kenapa aku di jadikan mangsa?
aku menangis,menangis hiba.
mencari salah di dalam kata.
ada terselit ayat meminta.

tapi malang sekali.
tubuhku mula di terajangi.
buat aku seperti tiada hati.
hingga mengalir darah pekat dari pipi.

aku di umpamakan boneka kayu.
di main bila mahu.
di buang bila tak mahu.
di kutip bila perlu.

nyawaku,jangan kau pergi!
aku masih perlu nyawa lagi.
walau dendam membara bagai api.
tak sanggup lagi aku mati.

tubuhku ini tiada kuatnya.
mungkin esok aku tiada.
aku bertahan sedalamdalamnya.
mencurahkan kasih pada mereka.

malangnya,aku bagai tiada nilai.
tiada siapa yang mahu membelai.
kasihku bagai tiada erti.
seksanya hati tidak terperi.

harihari berlalu dengan kaki di muka.
aku tak tahu silapnya di mana.
puas aku berhatihati dalam berkata.
namun masih juga aku menjadi mangsa.

biarlah,aku sanggup bertahan lagi.
asalkan aku masih punyai hati.
jiwanya masih perlu aku selami.
agar aku punyai bahagia di sini.




0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home