18 April 2008

satu kata.

konotasikan yang bagus dan indah saja.
aku rasa seperti tiap hari berdrama.
ramai yang mahu tahu kebaikan saja.
tapi buruknya mahu di simpan di mana?

kau sendiri harus tahu jawapannya.
aku mahu kau tahu baik dan buruknya.
sifat manusia,mahu dengar yang indah saja.
yang tersembunyi dalam jiwa tak siapa duga.

kau mahu terus membiarkan diri terkongkong.
kau mahu terus mengejar bayangbayang.
kononnya tak mahu rasa terdera.
kononnya tak mahu rasa derita.

beralun-alun kebaikan kau tunjukkan.
bertirai-tirai keburukan kau sembunyikan.

di sayap angin malam ini,
kau terus menyepikan diri.

si dungu,sedarlah kau sebelum terlewat.
kau harus tahu keburukan sebelum terlambat.

dalam bisik daundaun yang berguguran,
aku mula memberi kata kesedaran.

maafkan aku jika kau terluka.
tangga waktu tidak akan menunggu kita.

p/s:aku tak mahu berkata buruk tentang teman.tapi ada baiknya kita tahu apa buruknya tentang diri kita supaya kita boleh berubah ke arah kebaikan.neturalnya sifat manusia takut untuk mengetahui keburukan mereka.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home