Kalau diikutkan hampir dua bulan aku tak balik rumah. Hey, mana tidaknya. Aku rasa sibuk sangat. Sedangkan masa berehat pun dicuri oleh masa-masa untuk mengulangkaji. Hal ini berlaku mungkin disebabkan aku begitu menginginkan keputusan cemerlang lebih-lebih lagi di saat genting seperti ini. Aku berada di tahun akhir dan akan menjalani latihan industri sejurus selesai pembelajaran tahun ini. Banyak yang bermain di minda. Antaranya:
1) Bolehkan aku lulus dengan cemerlang dan mendapat skrol Diploma yang mencatatkan CGPA DEKAN?
2) Bolehkah aku lulus dengan latihan industri?
3) Di mana agaknya aku akan menjalani latihan industri?
4) Peperiksaan akhir tahun akan tiba. Bolehkah aku jawab seperti sebelum-sebelum ni?
5) Bolehkah aku menjadi anak dan pelajar yang membanggakan?
Kenapa aku sahaja yang berfikiran complicated. Jika dibandingkan dengan yang lain, mereka sangat releks. Mungkin keluarga mereka tidak seperti aku. Aku punyai ayah yang sangat tegas dan mahu aku berjaya dalam apa yang aku lakukan. Tekanan? Tidak, mungkin aku terbiasa dengan dididkan seperti ini. Ayah yang tegas dan akan marah jika apa yang dia mahu aku tak dapat beri. Namun, aku sikit pun tak kesah. Tak pernah terdetik pun dihati rasa tak puas hati.
Ayah adalah segala-galanya bagi aku. Dia ayah, dia ibu. Dia besarkan aku dengan kedua belah tangannya tanpa bantuan siapa-siapa. Sebab itu aku akan beri apa yang memuaskan hati ayah aku. Eh, tak perlu rasa susah mendapat ayah seperti ini kerana dia kan beri segala-galanya yang aku mahukan jika dapat beri apa yang dia inginkan. Mudah.
Oh, aku sangat Rindu isi rumah aku. Yang paling aku rindu adalah buah hati, cintaku iaitu Humaira. Si comel yang banyak telatah dan kuat makan serta kuat mengamuk. (eh, apasal perangai dia macam aku?) Hahaha. Rasa nak balik sekarang jugak. Tapi memikirkan masa dan perlukan usaha untuk maju dalam peperiksaan, aku fikir, 6-7kali niat nak balik tu...
p/s: Kadang-kadang hidup ni perlukan pengorbanan yang tinggi agar kejayaan dapat di perolehi dengan mudah. Jangan terlalu mengikut rasa. Biar rasa itu sedikit demi sedikit mengaburi perasaan agar dapat memberi tumpuan pada tujuan yang satu.