29 March 2008

pelangi

mahu tidur sepanjang hari.
setelah seharian mencari pelangi.

27 March 2008

berhalusinasi

hilang dalam kegelapan.
di telan bersama anganangan.
aku di buai dengan mimpi.
selalu saja berhalusinasi.

indah hidupku di dalam mimpi.
lain sungguh di alam realiti.
bahagia sukar untuk di kecapi.
semunya kabur dan masih tercaricari.

terkejarkejar bulan itu.
menggapaigapai bintang itu.
mencaricari mentari itu.
menariknarik awan biru.

semua rasa yang aku rasa.
rasa binasa yang aku ada.
banyak bermimpi dari berjaga.
pilu jiwaku jadinya.

jangan berhalusinasi lagi.
hentikan semua mimpi.
kecepi apa yang di hajati.
jangan di simpan di dalam hati.

p/s:citacita setinggi gunung tapi selalu saja berkhayal.

26 March 2008

menangis hiba.

kenapa aku di jadikan mangsa?
aku menangis,menangis hiba.
mencari salah di dalam kata.
ada terselit ayat meminta.

tapi malang sekali.
tubuhku mula di terajangi.
buat aku seperti tiada hati.
hingga mengalir darah pekat dari pipi.

aku di umpamakan boneka kayu.
di main bila mahu.
di buang bila tak mahu.
di kutip bila perlu.

nyawaku,jangan kau pergi!
aku masih perlu nyawa lagi.
walau dendam membara bagai api.
tak sanggup lagi aku mati.

tubuhku ini tiada kuatnya.
mungkin esok aku tiada.
aku bertahan sedalamdalamnya.
mencurahkan kasih pada mereka.

malangnya,aku bagai tiada nilai.
tiada siapa yang mahu membelai.
kasihku bagai tiada erti.
seksanya hati tidak terperi.

harihari berlalu dengan kaki di muka.
aku tak tahu silapnya di mana.
puas aku berhatihati dalam berkata.
namun masih juga aku menjadi mangsa.

biarlah,aku sanggup bertahan lagi.
asalkan aku masih punyai hati.
jiwanya masih perlu aku selami.
agar aku punyai bahagia di sini.




24 March 2008

di dalam bas itu

di dalam bas itu,
ada nenek tua berdiri di tepi pintu.
di dalam bas itu,
penuh sesak orang berlagu.

mari nenek duduk di tempatku.
jangan berpegangang pada pintu.
sanggupku berdiri di tempatmu.
sanggupku berdiri di pintu itu.

tapi kenapa hanya aku saja yang peduli?
kenapa yang lain tiada budi pekerti?
buat seperti kononnya tak mengerti.
buat tak nampak mendiamkan diri.

sedangkan anak muda berpegangan tangan.
di dalam bas duduk berpasangan.
tidakkah kamu ada rasa segan?
membiarkan nenek tua tanpa pegangan.

anak muda jangan cemarkan budaya.
aku juga masih muda.
tapi aku sendiri jadi malu.
lihat kamu tak tahu malu.

nenek tua menggeleng kepala.
aku tahu apa yang bermain diminda.
pasti dia sedang berkatakata.
anak muda tak hormat yang tua.

maafkan aku nenek tua.
aku tak mampu mendengar kata.
aku sendiri malu juga.
dengan perbuatan sumbang mereka.

maafkan aku nenek tua.
kau terpaksa melihat semua.

di dalam bas itu riuh dengan irama.
semua menyanyi sekuat suara.
tak peduli siapa di sebelahnya.
tak peduli apa sekelilingnya.

di dalam bas itu semua bertolaktolakan.
semua berebut dalam kesesakkan.
kononnya mengejar masa keemasan.
nenek tua itu lalu di pinggirkan.

kasihan aku melihat dia.
pedih hatiku melihat dia.
tak sanggup membiarkannya.
tak yakin dengan keadaannya.

diamdiam aku temaninya.
berdiri hampir dengannya.
sehingga sampai ke destinasinya.
barulah aku rasa senang semula.

22 March 2008

pada dasarnya

pada dasarnya,
aku bukan baik hati.
pada dasarnya,
aku seorang yang sombong diri.

pada dasarnya,
aku tak mahu mendengar kata.
pada dasarnya,
aku tak mahu berbuat mesra.

pada dasarnya,
aku suka bersendirian.
pada dasarnya,
aku suka berseorangan.

aku rasa seperti hilang.
hilang bersama bayangbayang.
tak mahu tunjuk belang.
takut orang naik berang.

tapi itu aku yang sebenarnya.
aku tak suka mengenal manusia.
malas mahu melayan sikap manusia.
ah,ramai yang bermukamuka.

biarlah aku dikatakan,
bodoh,sombong.
biarlah aku dikatakan,
suka bercakap bohong.

apa yang pasti aku tetap diriku.
tak perlu meniru sikap kamu.

Vanessa Carlton: A Thousand Miles

21 March 2008

semalam

apa yang terjadi semalam?
kenapa kau nampak kelam?
sayu benar wajah yang kau tunjukkan.
perilakumu mengundang seribu pertanyaan.

hari ini kau kata mahu bertemu lagi.
meluahkan segala yang terbuku di hati.
rasa berbungabunga ingin bertemu lagi.
aku bersiap dengan senang hati.

terpancul lagi wajahmu yang muram.
sama seperti hari yang semalam.
semua tingkahmu nampak suram.
hey sayang,kau buat aku geram!

aku bersuara namun kau diam membisu.
oh,apa yang telah terjadi kepadamu?
jiwa aku rasa tak tentu.
selagi kau diam membisu.

tibatiba kau mengeluarkan satu kata.
padat,ringkas,terang dan nyata.
"mari kita putus saja"
dengan nada yang begitu bersahaja.

benarkah itu yang kau pinta?
benarkah itu yang kau kata?
benarkah sayang?benarkah sayang?
oh jiwa,aku rasa diri melayanglayang.

inginku menangis di situ juga.
tapi ku tahan menutup duka.
pasrah,aku tak dapat berkatakata.
kau masih ulangi ayat memilukan jiwa.

mengapa sayang,mengapa kau katakan itu?
benarkah kau ada yang lain menantimu?
sewaktu kau mencurahkan cintamu padaku,
rupanya kau berpegangan tangan dengan kawanku.

kenapa aku begitu dungu?
tak tahu apa yang berlaku.
kawanku memperbodohkanku.
sungguh aku tak tahu.

apa yang patut aku lakukan?
saatku tahu hatiku kau permainkan.

kawan,mengapa kau lakukan begini?
kau lawan bukan kawan jika begini.
sayang,kau fikir aku tiada hati?
biar saja aku bersendiri.

tegar,pasrah,redha.

mencari di mana silapnya aku.
mencari di mana hebatnya kawanku.
mencari di mana dungunya aku.
mencari d mana bijaknya kawanku.

sepi,hati ini sepi.
aku mahu pergi.
lupakan semua yang terjadi.
mencari bahagia sendiri.

tak perlu cinta,tak perlu teman,tak perlu kawan.
kamu semua boleh pergi jahanam!

aku seperti tak kuat untuk mengharungi.
aku masih rasa ini satu mimpi.
aku tak kuat seperti yang aku ingini.
aku tak dapat menerima apa yang terjadi.

p/s:jangan terlalu percaya dengan manusia sekeliling.mereka mungkin bukan seperti yang kita sangka.hati manusia cepat benar berubah.

20 March 2008

jika aku

jika aku menyanyi lagu dengan irama,
mahu kamu menari ikut rentak irama?
aku menyanyi sekuat suara.
namun kau masih ada di sana.

ah,kenapa kau tak mahu menari?
tunggu aku menangis dan menyanyi?
telah aku leraikan perasaan ini.
tapi kau masih tak mengerti.

mari menari sayang..
jangan kata nanti,mari sekarang.
menari seperti layanglayang.
bebas di langit yang terbentang.

kau masih tak mengerti sayang.
aku mahu menari dan terbang pulang.
biarlah aku pergi menerewang.
biarlah aku pergi seorang.

p/s:adakalanya apa yang aku mahu sukar untuk ditafsirkan oleh siapasiapa.

19 March 2008

siap

sudahlah aku mahu noktah.

pergi saja jangan menerjah.

p/s:hati terasa sayu dan syahdu.

______________________________

ahmad nubhan bin ahmad.
diharap berjaya.personalitimu menarik minatku.


kotak itu

melihat kotak itu aku teringat kamu.
banyak sungguh memori dalam kotak itu.
semua memori tentang kau dan aku.
segala pemberian kau pada aku.

mahu aku buka kotak itu.
mahu aku lihat kembali isi kotak itu.
tapi sayang sekali,aku takut teringat kamu.
aku takut kamu kembali menghantuiku.

pernah suatu masa dahulu,
aku menangis kerna kotak itu.
pernah suatu masa dahulu,
aku tertawa kerna kotak itu.

suka,duka,tawa,hiba
kita kongsi bersama.
segalanya masih segar di minda.
aku ingat wajahmu seketika.

saat aku sayang,benarbenar sayang padamu.
saat aku perlu,amatamat perlu padamu.
kau pergi meninggalkan aku sendiri sepi.
kau hilang lenyap pergi memencilkan diri.

kini yang tinggal hanya kotak itu.
segala kisah silam ku simpan di situ.

kenapa kasih kau tinggalkan aku?
kenapa cinta kau pergi tanpa beritahu aku?
kenapa sayang kau hilang tanpa khabarkan padaku?
kenapa,kenapa sayang kau carik-carik hatiku?

sayang sekali aku tak sanggup membuang kotak itu.
terlalu banyak memori tentang kau di dalam itu.
jika satu hari nanti kau kembali padaku
jangan kau cari cinta yang aku beri dulu.

aku tak mahu menyambut cinta darimu.
aku tak mahu menyahut kata darimu.
kerna ku tahu cintamu dusta sahaja.
kerna ku tahu katamu palsu sahaja.

mana kau hilang sewaktu cinta ku curahkan?
mana kau pergi sewaktu kasih ku berikan?
sudahlah sayang,biar aku dalam kegelapan.
bait-bait indah bersamamu akan aku kuburkan.
kotak itu akan aku lenyapkan.
kotak itu akan aku hapuskan.

segala tentang kau tidak akan aku sematkan.
biar hati aku tiada lagi rasa kepedihan.

satu mimpi.

diamdiam bersahaja
apa yang kamu dapat dari itu?
lihatlihat bersahaja
apa yang kamu dapat dari itu?

selamatkan jiwa aku dari lemas.
aku tak mahu ada rasa rimas.

tunjukkan aku jalan.
biar aku kemudi seorangan.
tunjukkan aku mimpi.
supaya aku tidak di alam realiti.

fikirku di benak selalu begitu.
fantasi adalah lebih indah buatku.
tak kamu rasa begitu?
katakan saja jangan malu.

takut untuk rapat dengan aku.
kamu takut aku siatsiat kamu?

aku di sini bukan mencari lawan.
jangan kamu hunus segala yang sialan.
lontarkan segala yang menjadi persoalan.
aku akan berikan semua jawapan.

lihat unggas-unggas berterbangan?
kamu mahu tunggu hingga kegelapan?
maaf,aku xmahu menunggu.
menunggu sering kecewakan diriku.

aku mahu terus bermimpi.
bermimpi dengan segala nurani.
agar mimpiku menjadi indah dan sepi.
tidak perlu lagi aku tercari-cari.

aku tak mahu terus terobek jika di sini.
aku tak mahu terus sakit jika di sini.
aku tak mahu terus memekik jika di sini.
aku tak mahu terus merana jika di sini.

cerita dongengan mahu aku jadikan realiti.
maaf,aku tahu sudah banyak aku bermimpi.
tapi aku bosan memilukan diri sendiri.
terasa seperti kisah hidup yang tiada erti.

usah kamu sandarkan jiwa padaku.
uash kamu serahkan hati padaku.
kerna sanubariku telah aku tutupi.
kerna aku tak mahu di tipu lagi.

aku mahu melunsuri impian di alam nyata.
aku mahu melayari bahtera di alam nyata.
tapi aku takut,takut jiwaku akan terdera.
aku tak mahu menyakiti jiwa dan raga.

biar aku terus bersandiwara.
jangan kejutkan aku di alam nyata.
biar aku terus bermimpi sahaja.
agar aku dapat kecapi bahagia.

p/s:hidup ini penuh dengan pancaroba.

14 March 2008

simpan langkahmu.

pilu,terluka.
tak di hargai.
pernah tak kamu rasa begitu?

letih,penat,bosan.
melayan kerenah.
pernah tak kamu rasa begitu?

geram,marah.
rasa menyampah.
pernah tak kamu rasa begitu?

jiwa aku mungkin sudah mati.
rasa degup jantung juga terhenti.
aku punyai perasaan dan hati.
tapi aku dibuat seperti sudah mati.

biar saja aku simpan rasa ini.
biar semakin sebal di dalam hati.
biar aku melayan perasaan ini.
biar tersirat semuanya di dlm hati.

__________________________

sudah terlambat.

12 March 2008

kesilapan

apa rasanya jatuh di dlm bas yg agak ramai org.
jatuh pula di hadapan tangga dalam bas itu.
sehinggakan anda menjadi bahan dlm bas tersebut.
driver bas juga turut serta mentertawakan anda.
ouh,apa rasanya jika begitu??

dang u!benar,aku xrasa malu.sikit pun xmalu.
tapi sungguh aku rasa sakit sangat.
hingga lebam dan terluka memang sakit.
rasa mahu menangis tapi aku tahan saja.

mungkin jika terjadi pada anda,anda akn rasa malu.
tapi tidak aku,aku manusia yg sukar utk ada perasaan malu.
sesungguhnya,kakiku rasa sakit hingga jalan terhencut-hencut.
tapi aku jadikan itu sbgai pengajaran.
lain kali jln buka mata kosongkan minda.
jgn berangan fikir tak tentu hala.

HAHAHAHAHA.
si dungu itu adalah aku!

si tua.

si tua mendongak ke langit melihat mentari.
di seka peluh yang gugur dari dahi dengan jari.
dapat dilihat garis-garis tua di wajah yang tiada seri.
dia dapat dilihat dengan jelas sedang menghitung hari.

"pak cik,ada apa boleh sy bantu"
dia diam tanpa ada satu seru.
dia bangkit lalu mengambil basikal tua itu.
dia xmengendahkan aku yang ada di situ.

si tua itu seperti sudah melepas tangan.
mual dengan segala yang menjadi persoalan.
salahkah aku ingin menghulurkan bantuan?
mengapa aku pula yang di jadikan sasaran?

tiba-tiba hati ku berbisik hingga ke jiwa.
si tua itu seperti ingin menyampaikan kata.

rupanya dia adalah si kais pagi mkn pagi,si kais ptg,mkn ptg.
pasti si tua itu rasa amat penat hingga kontang

mana anak yang sepatutnya menjaga si tua yang longlai ini?
mana pergi anak yang sepatutnya mencari rezeki?
dari pintu itu dpt kulihat uzurnya si tua ini.
namun dia xpeduli,dia tetap menggagahi.

tipu jika aku katakan biar saja si tua itu.
tipu jika aku langsung tiada kasihan atas si tua itu.
mahu di ajukan soalan tetang anaknya?
atau biar saja tinggal tanda tanya?

bibirku terpaksa aku kunci untuk menjaga hati.
tidak aku tanyakan mana anaknya pergi.
marilah si tua,biar aku menemani kau sepanjang hari.
biar tiada rasa kesepian dan kesunyian di hati.

di lontarkan jiwa ku mengenangkan nasib si tua itu.
bagaimana dia boleh menempuh hidup tanpa meminta bantu.
di sebalik garis-garis tua di wajahnya ada terselit rasa pilu.
wahai si tua,aku bermunajat agar bahagia sentiasa menemanimu.

05 March 2008

Empat Lelaki Dan Penterjemah ~ Jalaluddin Rumi

Empat orang diberi sekeping wang.

Pertama adalah orang Persia, ia berkata, “Aku akan membeli anggur.”

Kedua adalah orang Arab, ia berkata, “Tidak, kerana aku ingin inab.”

Ketiga adalah orang Turki, ia berkata, “Aku tidak ingin inab, aku ingin uzum.”

Keempat adalah orang Yunani, ia berkata, “Aku ingin stafil.”

Kerana mereka tidak tahu erti nama-nama tersebut, mereka mulai bertengkar. Mereka memang sudah mendapat informasi, tetapi tanpa pengetahuan.

Orang bijak yang memperhatikan mereka berkata, “Aku tidak dapat memenuhi semua keinginan kalian, hanya dengan sekeping wang yang sama. Jika kalian jujur percayalah kepadaku, sekeping wang kalian akan menjadi empat; dan keempatnya akan menjadi satu.”

Mereka pun tahu bahawa sebenarnya keempatnya dalam bahasa masing-masing, menginginkan benda yang sama, buah anggur.

~ Jalaluddin Rumi

03 March 2008

takut pada diri.

gentar tak usah aku peduli.
genggam erat jemariku sendiri.
gila rasa semakin kekal di hati.
getus jiwa xmahu berlari.

diri semakin takut dengan bayang sendiri.
mengapa aku jadi gelisah dgn diri?
aku seperti mahu pergi melarikan diri.
walhal aku sendiri xmengerti.

akal sempit,jiwa terhimpit.
diriku ini lagi tersepit.

hilang saja aku dari sini.
seketika waktu aku memencil diri.
betapa aku takut menghadap diri.
jiwaku kononnya kental begini.

gagah bukan lagi refleksi aku.
cermin xmahu terima aku.
bayang sendiri cuba lari dari aku.
betapa takutnya aku pada aku.

hilang aku maksudnya sudah tertewas.
mungkin aku kekal menangis.
murung pasti bersarang di hati.
sudah pasti xmahu bersimpati.

selama ini xingin aku ucapkan pergi.
tapi kali ini,aku harus pergi.

aku pergi mengenal erti diri.
bukannya mahu melarikan diri.
cari erti sebenar jati diri.
agar dpt mentafsirkan diri.