22 July 2007

my soulmate.


hahaha..yea,his cute just like me.:)
he always make me smile..
he also hurt me sometimes..
no matter what it is,i love him so much.:]

benar.

ramli MS berkata:

Perantaraan internet, teknologi maklumat (IT) dan bahasa IT, memang digalakkan untuk kemajuan masa depan.

Kadang-kadang saya masuk juga ke laman blog di Malaysia. Ramai orang persendirian menulis di laman berkenaan.

Blog berkenaan lazimnya ditulis untuk mengetahui pemikiran yang berlainan bagi seseorang itu.

Ia bagus untuk kita mengetahui pandangan orang lain terhadap sesuatu topik, tidak kiralah hiburan, ekonomi, politik, sains dan sebagainya.

Ada yang menulis di laman itu secara berterus terang, berat sebelah pun ada, kelakar, sinis dan sebagainya. Di sini saya bukannya untuk memberi nasihat tetapi sekadar memberi pandangan mengenai segelintir orang yang menggunakan ayat terlalu ekstrem, keterlaluan, kasar dan cacian sehingga seseorang itu digelar kepada sesuatu yang kurang enak didengar pada laman itu.

Kalau anda hendak menggunakan ayat terlalu ekstrem, anda perlu ada akses untuk masuk ke sesuatu laman blog itu, bukannya untuk tatapan umum. Saya kurang setuju dengan kebebasan yang diberi untuk membuat blog sendiri sehingga blog itu disalahgunakan sebagai tempat melepaskan geram!

Bagi saya, anda boleh melepaskan geram, meluahkan perasaan, sekalipun mengutuk, tetapi janganlah menggunakan ayat yang terlalu rendah kedudukannya sehingga kurang enak dibaca. Orang yang membaca, menokok tambah isi kandungan blog, satu hal juga. Mereka umpama lalang. Gunalah bahasa berkias.

Jangan menggunakan ayat yang keterlaluan. Penggunaan perkataan yang sinis, kadang-kadang kita terhibur apabila membacanya.

Perkataan yang begitu sinis dan lucu mampu membuatkan saya ketawa sendirian. Tidak salah mengutuk dalam keadaan yang sinis tetapi jangan mencaci dalam keadaan nyata. Kita semua makhluk Tuhan. Buruk baik, miskin kaya dan sebagainya, kita adalah manusia, sama saja.

Tidak baik menyentuh sesuatu yang bersifat peribadi dan boleh menjatuhkan maruah orang lain.

Anda boleh melihat dan membaca macam-macam benda terutama gosip dalam laman web. Penyamar pun memang banyak. Saya berani cakap, ada wartawan, artis dan karyawan seni lain di situ yang menyamar. Cuma kita tak tahu siapa. Gelaran pun macam-macam nama! Ikon dia orang pun macam-macam rupa. Bagi saya, laman itu adalah satu tempat melepak.

Kadang-kadang, berita di luar belum disebar, tetapi di dalam blog, sudah tersebar dengan luas. Saya boleh bayangkan, mereka yang di sebalik blog berkenaan adalah orang di dalam industri sendiri.

Saya percaya, maklumat itu biasanya datang daripada empunya diri. Mungkin yang menulis di blog berkenaan adalah artis itu sendiri atau orang yang paling hampir dengan artis itu atau mungkin juga wartawan. Kalau tidak, bagaimana orang luar tahu sesuatu cerita berkenaan?

Jadi, siapa-siapa pun boleh menulis pada blog berkenaan. Apa saja mereka tahu mengenai industri hiburan, mereka boleh sentuh, tiada sekatan. Bagi saya, itu hak anda, cuma tolong jangan menggunakan bahasa terlalu ekstrem atau kasar.

Laman blog ini, bagi saya secara peribadi, ia memang ada pro dan kontra. Jadi, dalam bab blog, ia hak masing-masing. Saya yakin yang membaca lebih ramai daripada yang hendak menulis. Ia umpama satu kejadian kemalangan kereta - ramai suka berhenti di tepi jalan hendak untuk melihat lebih dekat apa yang berlaku.

Saya tidak kata, laman blog hiburan ini perlu dihenti atau diteruskan.

Terus terang saya katakan, saya terhibur setiap kali saya membaca cerita yang terkandung dalam blog berkenaan terutama yang begitu sinis dan lucu. Benar atau tidak cerita berkenaan, itu isu lain. Sama halnya apabila anda membaca gosip di laman akhbar.

Andai akhbar atau blog tidak ada cerita panas, orang tak akan berminat hendak membaca.

Kebanyakan orang tidak mahu baca, bank ini untung, atau saham itu naik dan jatuh. Tapi, kalau cerita artis bercerai, tarik rambut, baling kasut, itu yang orang nak tahu!

Namun, saya tidak menggalakkan penulis blog menulis cerita ke arah gosip murahan. Anda buatlah apa saja, namun biarlah berpada-pada. Jangan menggunakan

ayat terlalu ekstrem. Bagi saya, apabila anda menulis di blog, saya rasa anda hendak berhibur.

Kalau anda membuat cerita yang keterlaluan untuk memberitahu keburukan orang lain, ia sebenarnya menunjukkan betapa buruknya diri anda itu. Justeru, berpada-pada dalam setiap apa yang anda tulis pada blog berkenaan

16 July 2007

ketinggian.


sy pelik.oh,xla pelik sbnrnya.tp membuatkan sy tertnya2.knpla sy ni xtinggi.cbe bygkan tinggi sy hnyalah 148cm.menurut kwn2 sy,itu hnyalah 4 kaki.patutla ari tu mse gi cuti nak mndi kat swimming pool org tu srh mndi kat kolam renang knk2.agk bengangla.weyh,pendekkan??malahan knk2 yg berusia 11tahun pun ada yg lg tinggi dari sy.yang paling bengang bila balik kmpg.soalan yg akan di ajukan berbnyi begini:"yan,kau darjah berapa?".dari tahun2 sudah xabes2 tnya sy darjah berapa???xkanla sy xnaik2 sekolah menengah.fikir logikla pak cik.mak cik.DUSH.DUSHH!!(kalo bole nk je tumbuk).mslhnya sy dah cbe utk meninggikan diri,malangnya dah mmg rezeki sy jd org yg PENDEK.rawr!!bersyukurla sekurng2nya ada jugak ketinggian.haha.:D

It seems like once people grow up, they have no idea what's cool


soalan2 yg memerlukan jawapan.

1)bagaimana seseorg itu boleh melafazkan cinta sedngkan dia xprnh pun melihat/b'jmpa dgn org tersebut?cnthnya spt rakan2 online ataupun melalui sms.PELIK BUKAN?

2)bg saya,itu bermakana lafaz cinta mereka begitu murah nilainya dan kemungkinan besar adalah sekadar mainan suka2 bg mereka.benar bukan?

3)setelah berjumpa,jika berjumpalah,adakah akn trus kekal perhbng tersebut/akan berakhir begitu shj?ini dpt membuktikan nilai cinta itu.

4)mengapa harus cinta?(eceh,vince tnya tu)

*org sering mengatakan bhwa cinta itu buta.
anda silap,cinta xprnh buta.
yg buta adalah mereka yg bercinta.

(sudah,aku plak yg xbtul ni.asyik cinta je)

12 July 2007

eventhough the stars are blind

wewewe!kucing sy dah beranak.anak2nya comel sekali.semua ada 3 ekor.




hihi,ada seekor warna itam.(ugly kitty)

10 July 2007

Tertanya-tanya.

semenjak 2 menjak ni,haih!aku pun xtaula knp aku sering kali terfikir mengenai jodoh.Malahan aku sedar bahawasanya aku masih muda.oh,sgt muda ok.masih belum mencecah usia puluhan tahun.:P.namun begitu,hal jodoh ni amatla merunsingkan aku.ehm,mcm mna nak ckp ek.oh,jgn risau sbb kalau dah jodoh xke mana.mmgla,jodoh xbole jln pun.:DD.hahahaha.mungkin sbb aku sering mendgr masalah kwn-kwn ku yg bercinta-cinta di sana sini membuatkan aku menjadi agresif dan ingin tahu apa itu cinta.malangnya,aku mmpnyai cita rasa yg amat tinggi menyebabkan aku sering menolak dan menghindari cinta.aku juga takut akn cinta atau erti kata lain,aku fobia dgn cinta.cuba anda bygkan,di sekolah,teman semeja dgn ku sering menceritakan mengenai kekasihnya yg hanya menabur kata2 manis.biasalah,tanam tebu di tepi bibir.:P.bukan sahaja dia yg di tipu lelaki tetapi ramai di antara rakan2ku juga mempnyai mslh yg sama.ini menyebabkan cinta membuat manusia sengsara dan lelaki sukar di percayai bukan?siapa boleh bantu dgn mengatakan cinta itu indah?xsiapa yg boleh ckp cinta itu indah,sudah berkahwin pun boleh bercerai.mmg amat merunsingkan jika di fikir dgn lebih mendalam.baik berhenti setakat ini sahaja.

"lebih baik menghindari daripada merana kemudian hari"

selamat hari lahir.


selamat hari lahir di ucapkan kepada Syakina Alisya Zakariya :D
love u and miss u so much.:)
take care and have fun ok,syg.:D

08 July 2007

Life is the flower for which love is the honey.



serius weyh,this sounds funny.:P.org pelat nyanyi.:D

Engkau yang cantik
Engkau yang manis
Engkau yang manja

Selalu tersipu
Rawan sikapmu
Di balik kemelutmu

Di remang kabutmu
Di tabir mega-megamu
Ku terlihat
Dua tangan di balik punggung mu

Madu di tangan kanan mu
Racun di tangan kiri mu
Aku tak tahu mana yang
Akan kau berikan padaku

05 July 2007

I like nonsense, it wakes up the brain cells.


someone said that"YAN GELAK MCM KATAK!!"
serius tau,xdela mcm katak.lg satu,katak mana ada gelak!
katak tu mengeluarkan bnyila!
belasah jugak THIRU ni!

03 July 2007

Dealing with backstabbers..

kecurangan.
kemaksiatan.kesakitan kehatian.
adoi!

hangit bau hati terbakar nih!


ngahahaha!