25 July 2008

lihat-lihat.

TERAMAT.


oh yeeeaaaahhh.hottie!
*sambil lap air liur yang meleleh*
grrrrrrrr.mahu.(hahahahahaha)

>.<
p/s:samuel ini membuatkan aku mahu melancong ke indonesia.wahhh.gitu tau.hati aku berbunga-bunga dengan mekar sekali.waduhhh.hahahaha.


23 July 2008

seharusnya aku tahu.

Waktu Yang Tepat Untuk Berpisah.

shit happens.just let it go.i deserve to get the best.
dammmnnn.don't you think so?
how do i look?;you look idiot(owh,thanks brain)


owh,i do love u.awuu,u make me feel i'm gorgeous.




17 July 2008

haruskah.



oh,aku ada bela haiwan baru;sugar glider yang di beri nama haley.kalau haley tu kira betinalah.haha.comel dowh.tapi mengeluarkan bunyi yang agak pelik.selalunya berjaga pada tengah malam dan tidur waktu siang.makan buah-buahan dan jugak cacing.agak comel dan aku nak buat dia jadi gemuk sebab aku pernah nampak sugar glider yang gemuk dan comel.sangat aktif lebih-lebih lagi bila dah kenyang tapi agak takut dengan orang dan mudah terkejut.oh,oh.sebelum terlupa;say hello to haley.

;)

15 July 2008

yang pertama.

kau mungkin yang pertama sekali.
lelaki pertama yang aku kenali.
sudah ku tahu segala hati budi.
kau lelaki yang berbudi pekerti.

suatu masa dulu kau selalu membayangi aku.
lihat cermin selalu ada kau dan aku.
kau andaikan aku cinta pertama mu.
bagi aku,itu mainan masa dahulu.

maafkan aku kerana membuatkan kau kecewa.
maafkan aku kerana membiarkan kau derita.
maafkan aku kerana tak peduli tetang semua.
maafkan aku kerana membuatkan kau rasa terhina.

semua itu dulu,15 tahun yang lalu.
aku berusia 5,kau berusia 6 tahun sekecil itu.
yang mana kaca,yang mana permata pun aku tak tahu.
inikan pula cinta yang menghanyutkan jiwa aku.

kau pernah kata;kejora itu menghampiri kita.
kau akan selalu menemani aku di mana saja.
kejora itu ibarat kau yang menjaga.
kau tahu dan tunaikan segala yang aku pinta.

kau berikan aku kucupan mesra.
kehangatan tubuhmu masih terasa.
namun apa yang aku tahu masa itu?
janganlah kau menyalahkan aku.

kau lelaki pertama memberi kucupan padaku.
kau lelaki pertama yang mendakap aku.
kau lelaki pertama yang memberi cinta padaku.
kau lelaki pertama yang menaruh harapan padaku.

aku tahu,aku pergi tanpa meninggalkan pesan.
aku terpaksa pergi tanpa dapat berjalan perlahan.
sewaktu itu kita berpisah secara terkilan.
aku fikir kau hanya khayalan.

10 tahun kemudian,kita bertemu lagi.
aku gembira dapat bersua kembali.
malangnya kau tidak seperti dulu lagi.
aku anggap kau sudah dewasa kini.

mana janjimu akan selalu temani aku?
mana kucupan yang kau beri dulu?
mana dakapan yang kau beri padaku?
mana cinta yang kau dambakan padaku?

sudahlah,usah kau fikirkan jawapan itu.
biarkan saja soalan yang aku berikan padamu.

kini,kau dan aku menjadi sahabat sejati.
walaupun jauh tetapi dekat di hati.
kisah lalu kita jadikan kenangan abadi.
kelak kita bertemu,simpan saja di hati.

p/s:segala kenangan indah aku dan kau takkan pernah aku lupakan.kau mungkin yang pertama tapi bukan segala-galanya.

11 July 2008

berlawanan

setiap perkara yang kita lakukan ada baik dan buruknya.aku sedar akibat dan kesan jika aku lakukan perkara buruk.ya,aku tahu.mungkin kesedaran yang aku terima dalam jangka masa yang cepat atau lambat.yang penting,lambat laun aku akan sedar.ah,peduli semua itu.dalam dunia semua ada berlawanan.contohnya:

baik lawannya jahat.
penbaik lawannya penjahat.
hodoh lawannya cantik.
penhodoh lawannya pencantik.
pandai lawannya bodoh.
penpandai lawannya penbodoh.
benar lawannya bohong.
pembenar lawannya pembohong.


*geeeeeeeee,what the hell!*

adakah segala yang negatif ada pada aku?(ok,kecuali part hodoh,aku cantik wei).bila difikirkan kembali,baikkah aku?cukup baikkah aku?pandaikah aku?cukup pandaikah aku atau aku patut tanya begini;bodohkah aku?cukup bodohkah aku?*sudah cukuplah kau memperbodohkan diri*wah,diam kau.jadinya,aku hilang punca.

p/s:kelak jika aku tertidur,kejutkanlah aku dari mimpi.kelak aku tersungkur,bangunkanlah aku dari jatuh.kelak aku pergi,doakanlah kesejahteraan aku di sana.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


10 July 2008

abby

selamat hari lahir yang ke-20 abby.
yeah,sudah tua juga.semoga segala yang buruk menjadi baik.semoga berbahagia selalu dan jangan nakal-nakal okey.sudah 20 tau?20;Duapuluh.haha.abu dan saya baik-baik saja di sini.awak jaga ali je.bwahahahaha.(ketawa dari bawah ke atas dengan ritma aa,bb)


kek untuk awak dah abis stok.ganti dengan aiskrim.

;)

09 July 2008

terpadam.




terbang pulang.
ayuh,terbang sayang.

aku tak bisa mendambakan perasaan ini.
aku terasa sakit sendiri di dalam hati.
benar,aku membohongi diri sendiri.
benar,aku melukai diri sendiri.

perasaan cinta,rasa sayang kian menghilang.
takkan nampak walau ada bayang-bayang.
mungkin sudah terbang seperti layang-layang.
jangan di tanya mengapa begitu sayang.

maaf,aku tak bisa meluahkan segalanya.
maaf,aku tak bisa melihat segalanya.
hancur binasa semuanya aku rasa.
aku sendiri tak mengerti segalanya.

andai satu masa aku pergi,
biarlah aku sendiri.
usah kau kejarkan lagi.
mungkin tertutup sudah pintu hati.

p/s:kau percaya tak,kasih sayang semakin pudar saban hari.itulah yang aku rasai.maaf,terasa hati ini hancur sendiri.

lupakan

i'm dying.



somebody please save me.

08 July 2008

resah

pernah tak kau rasa macam nak beli sesuatu barang tapi duit tak ada.kira macam duit tak cukup gitu.perkara ni selalu terjadi kepada aku.bila benda ni jadi kat aku,aku rasa geram sangat.tapi malangnya aku bukan anak dato-dato,kaya-raya,jutawan seperti mereka.yelah,kaula.siapa lagi.duh,aku selalu membayangkan dalam dompet aku ada banyak duit.gila tebal dompet aku sebab duit bukan sebab resit-resit dan duit syiling.kau bayangkan hujan yang turun tu adalah duit.first aku buat adalah mengambil baldi-baldi serta besen yang besar lalu menadah duit itu.cewahh,hari-hari 'hujan' turun tanpa henti pun aku tak kesah.bila ada kawan yang ajak aku keluar atau pergi bercuti,perkara pertama yang aku mention mesti pasal duit.contohnya:

1)eh,aku takde duitla.malas keluar.
2)kau nak support aku ke?cukup duit kau?
3)duit takde,tak payah cakap banyak.

4)ok,kita kongsi duit eh?

duh,betapa duit itu amat penting kawan!untuk pengetahuan semua,aku bukanlah manusia yang kais pagi makan pagi.aku manusia yang tak payah kais pastu makan melantak gila-gila.kira macam tulah.aku lagi suka keluar dengan bapak aku,cuti dengan bapak aku sebab semua dia support.aku taklah miskin sampai nak kena pegi tepi jalan mintak sedekah.cuma mungkin aku selalu fikir duit yang ada pada aku tak pernah cukup.aku ini bukanlah chrometophobia.gila,siapakah chrometophobia(fear of money)?hahaha.aku rasa aku cam ada satu penyakit dan mungkin penyakit ini di kenali sebagai rambang mata mata duitan. aah,aku tahu perkara ini serius tapi otak aku ligat memikirkan duit*duit-duit di mana kau duit*.

kau bayangkan duit banyak tu dalam dompet aku.wah,gila,tak boleh nak bayangkan*sambil lap air liur yang meleleh*hakhakhak:)

p/s:wang bukanlah kasih sayang.wang juga tidak dapat mengukur nilai kasih sayang.tapi mampukah kasih sayang mengatasi wang?oh,persoalan.

04 July 2008

serupa?

CINTA
aku punyalah bosan di tengah malam.tak bole tidur.jadinya aku on tv.tengoklah macam-macam aznil.puh,penat ketawa bagai nak gila.kau bayangkan aku gelak tengah-tengah pagi.bapak aku dah siap terbangun ingat aku kena sampuk hantu gelak.memang kelakar habis bila budak-budak jawab soalan mengenai cinta.apa yang budak-budak tahu tentang cinta?tapi sangat dahsyat.terburai isi perut aku.hahaha.lebih-lebih lagi budak 9 tahun menjawab dengan penuh keyakinan.banyak jugak soalan aznil tanya.


soalan pertama:
apa itu cinta terlarang?
budak tu jawab;cinta yang mak bapak tak bagi.mak bapak tak suka orang tu sebab dah ada pilihan lain.(wah,kau bayangkan,umur 9 tahun tapi jawab macam pro gitu)

soalan kedua:
apa itu cinta tiga segi?
budak tu jawab;cinta yang di bahagi tiga.satu perempuan tiga lelaki.(hahaha,gila dowh.cinta di bahagi 3!)

soalan ketiga:
apa itu cinta monyet?
budak tu jawab;pergi bercinta,lepas tu bawak monyet datang sekali.(err,ok.hahaha.yang ini aku tak boleh terima.wah,wah,bercinta kat zoo bole kot.haha)

soalan keempat:
apa itu pengemis cinta?
budak tu jawab;kita bawak pengemis tu bercinta pastu bagi dia cinta.(hahaha,tak boleh blah yang ni.pemurah sungguh!)

soalan kelima:
apa itu mabuk cinta?
budak tu jawab;lelaki tu dah ada perempuan tapi bila tengok perempuan lain pun dia nak jugak.(hahaha,mabuk cinta gitu eh?)

soalan keenam:
apa itu cinta koperat?
budak tu jawab;perempuan tu ada banyak lelaki.(gahahaha,aku mahu cinta koperat kalau macam ni.ahakahak)

soalan ketujuh:
apa itu cinta benua?
budak tu jawab;perempuan tu bercinta dengan lelaki tapi lelaki tu bercinta dengan dua perempuan sebab lelaki ada dua benua.(err?lelaki ada 'dua benua'?hahaha.gila.tak boleh blah budak ni)

betapa klasiknya jawapan budak zaman sekarang mengenai cinta.aku jadi macam teruja gitu.ketawa gila-gila lebih-lebih lagi pasal cinta monyet.tak tercapai akalku.blahhh!

p/s:aku nak Dr Sheikh Muszaphar Shukor sebab 'roket' dia lagi laju.err??hahaha.

;)