27 February 2008

menanti berganti.

petang itu kamu kata terjumpa aku.
aku berlegar-legar tiap petang di situ.
tapi kehadiranmu tidak pula aku tunggu.
dulu,sewaktu aku kesepian aku mahu,tp kau jauh dariku.

bila aku sudah xmenunggu kamu,kamu ada di situ.
kamu fikir aku sampah?tunggu utk dikutip oleh kamu?
kamu fikir aku penunggu,sentiasa menunggu kamu?
kamu itu aku tunggu utk apa?
menunggu untuk kamu mainkan hati buat kali kedua?

tiap detik,tiap saat yang dulunya sudah ku buang utk kamu.
aku yang dulunya penuh dgn harapan mengharapkan kamu.
aku yang dulunya sangat dungu menantikan kamu.

petiklah bintang itu sayang,biar aku simpan.
tapi kamu xpernah datang,biar aku keseorangan.
benar,kamu xpernah datang,biar aku kesepian.

kini,aku sudah jadi milik orang.
aku di sini bkn menanti kamu sayang.

usahlah kau tagih kasih yang sudah tiada.
usahlah kau tangis kisah yang sudah tiada.
usahlah kau ungkit kesetiaan yang sudah tiada.

penantiku berakhir sampai di sini saja.
kamu tahu aku ini milik siapa?
aku ini milik manusia,manusia berhati mulia.
dia dtg padaku saat aku di dlm hiba.

kamu ini siapa?datang untuk menagih kasih?
kamu tau dulu kamu tinggalkan aku?
tinggalkan aku kerna tiada rasa kasih.
kamu kata tiada hati pada aku.

dulu rasa sayang itu ada.
kini rasa benci itu ada.
mahu kamu rasa apa yg aku rasa?
nah,ambil saja rasa yang aku rasa.

tiada deru angin membawa seru.
kali ini aku yang tinggalkan kamu.
sama rasanya waktu yang dulu.
sewaktu kamu pergi berlalu.

kisah kita tiada mulanya.
tiada mula,tiada hujungnya.
jangan kau pinta yang indah saja.
ku beri luka yang perit saja.

ini kisah cinta yang lalu.
kini aku xmahu kamu.
puas dulu aku menunggu.
kini cintaku pada yang satu.

maaf sayang,kamu terlambat.
simpan langkah itu biar terhembat.
maaf sayang aku ini milik orang.
duduklah disana mengejar bayang2.

26 February 2008

senyum

senyumlah melihat aku.
senyumlah melihat sepiku.
senyumlah bila aku tidak sekuat itu.
senyumlah kerana aku kalah begitu.

gugur aku,jatuh aku,buat kau tersenyum.
malu aku,sedih aku buat kau tersenyum.

senyumlah sepuas-puasnya.
gugup aku buat kau senyum gembira.
aku ini jelik,buat kau senyum tertawa.
semua rasa binasa,kau rasa suka.

senyum kau ada makna.
mahu lihat aku tersungkur saja.
senyum kau sangat bermakna.
bila kalahku tiada hujungnya.

sedar tak kau,sewaktu malam itu aku berjalan,
berjalan jauh xmahu terjatuh.
tapi sayangnya,aku berdiri dengan rapuh.
xsempat untuk pergi dgn jauh.

kau senyum tanpa membantu aku.
kau senyum krn fikir kemenangan tanpa aku.
kau senyum krn bodoh itu milik aku.

durjana sungguh manusia ini.
hitam pekat hati kau ini.

kau senyum kerna bisa menjatuhkan aku.
kau senyum kerna bisa memalukan aku.
kau senyum kerna bisa melemahkan aku.

sepi menjana jiwa yang aku halusi.
tanpa satu pun aku meresolusi.
senyummu nampak sinis sekali.
langkah ku jauh untuk pergi.

ambillah kemenanganmu dengan senyum.
terimalah kekalahanku dengan senyum.
meronta di jiwa tiada guna.
biarlah kau senyum dgn gembira.

24 February 2008

ghost;masih jua


lagu tema : masih jua

penerbit : douglas lim

penyanyi: douglas lim & chelsia ng

lirik: pacai

gubahan: douglas lim

susunan: douglas lim & christopher higgs

ghost-8tv,sunday;10pm.

bukan aku.

langit itu melihat aku.
langit itu berwarna biru.
semua sudah menjadi sayu.
tetapi sayu bukan aku.

bunga kuncup terus layu.
lihat aku sangat cemburu.
gembira hati memang aku.
sedih hati bukan aku.

langit sudah berganti ungu.
semua lena xmahu tunggu
ada yang masih rasa belunggu.
tetapi belenggu bukan aku.

langit tetap diam membisu.
manusia nyaring,ada yang bisu.
malah ada yang diam membeku.
tetapi diam bukan aku.

pasrah itu bukan aku.
kacau itu bukan aku.
suram itu bukan aku.
muram itu bukan aku.
kosong itu bukan aku.
hina itu bukan aku.
kamu itu bukan aku.

23 February 2008

teringat.

masih lagi ku teringat,
saat dikala dia mengucapkan kata syg,
dan hati mula berputik rasa cinta,
tersemat rasa sayang.

jiwa terserah pada rindu,
makin lama, membuai kalbu,
engkau yang kudambai selalu,
kini hilang diam membisu.

kau kembali dengan seribu harapan buat diriku,
tapi ini bukan yang ku mahu.
kata, dan kalimah terakir untukku,
adalah cinta penamat buatku.

kini engkau tiada lagi..
terkenang kembali saat ungkapan sayang tekumandang di telingaku.
dan kata2 serta janji manismu,
kini semua terlerai bak kuntuman bunga perindu.

hasil karya: shafique
bagus juga hasil karya kamu:)

masih terasa.

air mata mengalir deras saat ini.
hatiku bergetar terasa kosong.
sebak bagai datang tanpa henti.
jiwaku mula rasa terkongkong.


menangis ketika sakit itu biasa.
tapi aku sukar mengalirkan air mata.
hari ini sayang,aku xdpt menahan sebak di dada.
hanya kerana kau luahkan satu kata-kata.

langit mlm ini gelap saja.
bintang tiada di atas sana.
bulan hilang dr pandangan mata.
semua kerana hatiku terdera.

yang terang semua nampak hitam.
aku ini terasa amat kusam!
hilanglah pedih hati di bw angim malam.
lupakan segala yang dikatakan biar terpadam.

kau tuduh aku ada yang lain sayang.
punah hatiku dengan apa yang kau bilang.
kuncup hatiku bila degan tenang kau lafazkan sayang.

berkecai jiwaku bila kau katakan begitu.
dan degan mudah kau suruh aku lupakan hal itu.
aku di sini setia dengan kau bagai nak gila.
aku ada yang lain,tuduhan itu amat membabi buta.

biarlah sayang,biarkan aku sendiri di sini.
melayan pasrah yang bersarang di hati.
mentafsirkan percaya hanya pada diri.
menenangkan jiwa yang hampir mati.

22 February 2008

sudahlah cinta

bulan itu takkan pernah tinggalkan kejora.
tapi dia meninggalkan aku dengan nyata.
untuk apa sayang kau tinggalkan aku dulu?
untuk siapa sayang kau tinggalkan aku dulu?

beribu-ribu soalan menerjah akal fikiran.
setelah kau nodai hati dan perasaan,
setelah kau buat aku derita xtertahan,
kau datang kembali menagih asmara dgn kasihan!

sinisnya katamu dulu menusuk ke kalbu.
ironi sungguh cinta sejati yang kau beri padaku.
terkesima kau buat aku melihatkan kamu.
igauan semalam masih belum luput dari ingatanku.

aku tidak mahu lagi cinta darimu yang pernah kau beri.
tidakkah kau terasa semua itu sangat keji?
ah,mungkin kau xnampak demdam ini bagai api.
kenapa tidak kau pecahkan saja jantungku tadi?

sudahlah,jangan dibolakbalikkan kisah kita.
sudahlah,jangan diputarbelikan perkataan cinta.
sudahlah,jangan disalahertikan santun bicara.
sudahlah,jangan memalsukan indah kata-kata.

semoga kau tidak lagi mempermainkan hawa di luar sana.
kau seakan-akan melempiaskan nafsu pada mereka.
aku kehilangan kata terpegun melihat indah rupa.
salah aku kerana menggilai rupa dari segalanya.

tangan yang kau hulur itu jijik untuk aku rasakan.
cukuplah sudah,pulanglah engkau ke pangkal jalan.
hentikan sketsa jiwa yang sedang engkau mainkan.
jangan di tunggu kata yang akan aku lafazkan.

sudahlah cinta jangan datang ke mari.
sudahlah cinta pergi engkau dari sisi.

21 February 2008

adik

adik,mengapa kau menangis dalam kegelapan?
apa yg menyebabkan kau dalam ketakutan?
adik,aku turut merasakan itu adalah kepedihan.
luahkan sayang,jgn di simpan seorangan.

kau seperti cerminan pada aku yg kerdil ini.
apa yang menggugah jiwa anak kecil ini?
kau buat aku berbicara seorg diri.
adik,apa sebenarnya yang terjadi?

kulihat di hujung kaki mu ada darah.
aku langsung menjadi cemas.
apa yg menyebabkan adik berdarah?
sialan,aku tdk menjadi pemerhati yg kemas!

pergolakan perasaan dapat aku rasakan.
adik,usah kau bimbang,kakak ada sbgai teman.
tapi siapa yg buat kau rasa kesakitan?
knp ank kecil di pukul tanpa belas kasihan?

sepatutnya anak kecil dijaga seperti raja.
dikasihi dan di belai di singgahsana.
pedih hati ku sayang melihat kau dibuang,dihina.
manusia itu sangat keparat membiarkan kau rasa derita.

adik,aku di sini akan membantu kau bertatih.
melupakan segala kisah hitam yang tragis.
membantu kau dgn penuh terlatih.
memberikan kau senyuman yang manis.

usah menangis lagi sayang.
aku ini benar dan bukan bayang-bayang.

cinta itu kriminalitas?

aku di sini merasakan jiwa yang mati.
mana pergi segala yang ada di hati?
ingin aku belaikan jiwa yg sepi.
telah aku runtunkan perasaan ini.

aku xkan bisa terbang.
aku xkan bisa mengejar bayang-bayang.

merah itu tandanya marah.
ada juga rasa merah!
mengapa posisi ini buat aku marah?
aku bukannya penuh dgn amarah.

sekali aku renyukkan muka itu
biar dia rasa apa yg tersirat di hati
sekali aku teriak pada muka itu
biar dia rasa pedih di hati.

kering kontang ragaku memikirkan katamu.
sedikit kesal aku melayan kerenah dan katamu.

kondisi aku amat kritikal tika ini.
cinta itu kau bilang kriminalitas?
mana pergi kebenaran selama ini?
kata-kata itu mahu sj aku cantas!

keajaiban mana mungkin terjadi.
aku hanya mahu mendiamkn diri.
biarlah dikatakan jatuh tersungkur.
asalkan aku tidak menangis kerana gugur.

20 February 2008

teori

Wanita yg paling bertuah adalah mereka yg dapat berkahwin dgn lelaki yg baru kali pertama bercinta. Kerana cinta pertama bagi lelaki akan kekal hingga ke akhir hayat.

Bagi
lelaki, bertuahlah sekiranya dia dapat berkahwin dgn wanita yg acap kali putus cinta. Kerana wanita lebih boleh menilai dan menghargai cinta setelah melalui keperitan putus cinta berulang kali.

* Betul Ke teori ini??*

>.<

18 February 2008

mata dan hati.

kejora itu sering bekerdipan di mlm hari.
pabila hari siang,kerdipan itu akan hilang.
muncul sang suria menerangi bumi ini.
segalanya boleh dilihat dengan terang.

sering aku bertanya pada kejora,
akankah cintaku bakal hilang bila hari siang?
namun kejora itu terus bekerdipan tanpa jawapan.
aku buka mata,lalu tanya pada minda,
cintaku takkan semudah itu akan hilang!

kerana cinta,aku rindu pada kau.
walaupun suria,bulan,kejora sering muncul di langit,
kisah aku dan kau xkan pernah berhenti.
semakin aku cinta semakin aku merindui.

mata ini jadi saksi,hati ini sering berbisik,
telingaku pula sering terdengar bisikanmu.
sayang,sesungguhnya aku ini gila bayang.
rinduku padamu setinggi gunung-ganang.

ah,masa berlalu dengan pantas,tanpa kita sedari,
mungkinkah akan ada hari esok buatku?
jika aku tiada pada esok hari sayang..
ku harap kau akan terus bahagia dan gembira.
kebahagiaanmu akan membuat ku bahagia.

sayang,simpanlah rindu itu kerana rindu dpt mengikat rasa cinta.
rasa cinta yang takkan mati di minda mahupun hati.

17 February 2008

Y is for YAN

16 February 2008

malam itu

malam itu kita berkelahi tanpa ada sebab yang pasti.
malam itu aku rasa kau semakin jauh dari sisi.
malam itu aku dapat rasa keserasian kian menjauhi.
malam itu aku tdk mahu mempeduli hal yang terjadi.

baru semalam kau kata cinta padaku.
baru semalam aku kata cinta padamu.

salah akukah?salah siapa yg sebenarnya?
jika benar aku yg salah,aku cuba mencari salahnya.
tapi sering kali aku saja yang beralah,mengaku cinta.
benarkah aku ini sering melakukan salah dlm cinta?

itu aku pun tak tahu dan takkan pernah tahu.
hey syg,jika aku menyakitimu,maafkanlah aku.

hujan,ribut,petir sekalipun xkan bisa mendengar suara hati.
aku tak mahu terus-terusan sering berkelahi.
langit menangisi hati yang sedih ini.
pilu,luka semuanya ada dlm hati.

aku sedar aku ini tiada istimewanya di sini.
mungkin satu hari kau akan pergi dari sisi.
di kala itu aku mungkin akan lari.
lari jauh tanpa mengenal erti diri.

sesungguhnya sayang,jika terus begini,
akan adakah penghujung yang bahagia di sisi?

aku memejamkan mata melupakan segala yang terjadi semalam.
agar hari ini lebih baik dan indah dari hari yang semalam.

♥ ♥ ♥

tidak di duga.

aku sering tidur lewat pada mlm hari kerana aku sibuk menyiapkan tulisan-tulisanku.malangnya bila aku tidur lewat secara automatiknya aku akan bangun lewat.itu sudah seperti rutin.aku tahu rutin itu tdk sihat.hal ini secara tidak langsung memalukan diri aku sendiri apabila tadi pagi pegawai kesihatan dtg ke rumah.bayangkan,aku dengan tak bangun lagi jadinya tak mandi lagilah. tiba-tiba ada yang menekan loceng,aku terkejut lalu membasuh muka dan menggosok gigi sahaja.alangkah terkejutnya aku di muka pintu itu wajah yang aku tak kenali!lalu lelaki itu berkata dengan gagahnya,"sy dari jabatan kesihatan.sy ni pegawai kesihatan.nak tgk kebersihan rumah,boleh bukak pintu?".ahhhhh,knp masa begini kau dtg wahai jejaka kacak.dikala diriku dlm keadaan yg sgt lintang-pukang.malunya aku xterkata.itu kira nasib baik aku sempat gosok gigi.jika tidak memang aku takkan berkata walau sepatah haram pun.argghh,kesialan telah berlaku padaku di pagi hari. sudahlah pegawai kesihatan itu kacak,aku pula muka baru bgn tidur melihatkan keadaan yg sgt buruk manakala dia pula segak,kemas dan bersih.cis,pasti dlm hati dia mengutuk aku ini anak dara yang tak berguna.geramnya xterhingga,knp,knp kau dtg di saat yg xdiduga. HAHAHA.aku sendiri yang dungu!

08 February 2008

kiss me



Kiss me out of the bearded barley
Nightly, beside the green, green grass
Swing, swing, swing the spinning step
You wear those shoes and I will wear that dress.

[Chorus:]
Oh, kiss me beneath the milky twilight
Lead me out on the moonlit floor
Lift your open hand
Strike up the band and make the fireflies dance
Silver moon's sparkling
So kiss me

Kiss me down by the broken tree house
Swing me upon its hanging tire
Bring, bring, bring your flowered hat
We'll take the trail marked on your father's map

namanya sahabat.

dari hari isnin hingga hari ahad,yang mana kamu suka?
aku suka hari jumaat,sabtu,ahad kerana istimewa.
jumaat adalah kerana penghulu segala hari.
hari sabtu pula hari aku selalu berjumpa kekasih sejati.
dan hari ahad,aku mengenang saat indah kenangan kami.

kau pula bagaimana sahabat,suka hari apa?
lalu kau berkata"hari-hari pun aku suka."
tapi kenapa kau bernada seakan-akan kecewa.
kau sakitkah atau mungkin sedang terluka?

tiada niatku membuat kau bermuram durja ketika ini.
atau kau terlalu mengambil hati dgn pertanyaan hari?
maafkan ku kawan jika aku membuat kau xsenang hati.
kau ada menyimpan rahsia yg kau xmahu aku ketahui?

oh,kawan.aku kenal kau seawal setahun jagung lagi.
beritahu aku apa yang ada di hati!
mungkin sulit utk kau ungkapkan dengan kata-kata?
jika begitu tulislah pada kertas syg,kertas biru dakwat jingga.
kau suka warna itu bukan?aku masih ingat tetang warna.

lalu kau pergi meninggalkan aku tanpa kata-kata.
aku jadi termangu-mangu dan terpinga-pinga.
segala persoalan bermain di kepala minda.
kenapa kau berkelakuan ganjil didepan mata?

persetankan semua itu!kenapa aku rasa bersalah dengan kau?
maafkan aku wahai sahabat,aku tahu aku mengabaikan kau.
sejak aku mengenal cinta,aku hilang akal dan jauh dari kau.
memang ini salah aku,bukan salah kau.

kringg,kringg.telefon rumah ku berdering dgn nyaring sekali.
ibumu wahai kwnku, ada di hujang talian ini.
memberitakan padaku mengenai kau yg pergi.
mana kau pergi?mana kau pergi?
tiada jwpan dari ibumu,sunyi sepi.

kenapa sayang,kau pergi tanpa kata-kata?
meninggalkan aku buat selamanya.
ibumu kata bahawa kau sakit sebenarnya.
oh,kenapakah kau jadikan itu rahsia??

terima kasih kerana menuliskan aku sepucuk surat.
akan aku genggam surat ini seerat-erat,
seperti kita berpegangan tangan lari dari syarat.
semasa sama-sama menghadapi kesukaran jerat.

semoga kau berbahagia di alam yang kekal selamanya.
akan ku kenang segala kisah kita.
maafkan aku kerana bersikap acuh tak acuh dengan kau.
terima kasih kerana masih mengganggap aku penting bagi kau.

kasih aku pada kau xkan pernah pudar wahai sahabat.
biarpun kau tiada lagi di dunia ini.
kau masih seperti selalu,kau hebat!
kerna menyembunyikan kesakitan dari diri ini.

aku,kau sama saja.

melihat aku sj mereka sudah mula mentafsir yang kosong-kosong
katakan aku ini golongan yang sombong
aku bukan berdiri tinggi di atas bumbung
sama sj dgn manusia yang tdk agung.

aku tak kan diam kerana aku tak bisu
kenapa sering aku dijadikan isu?
pernahkah aku menyoal kamu knp suka meniru?
itu gaya aku,sikap aku,bukan semua kepunyaan kamu.

bangun pagi itu sudah memadai bg diri ini
masih dptku rasa degup nadi
tapi kenapa dia,dia selalu membayangi?
katanya aku ini 'macam bagus' suka menunjuk diri!

mahu saja aku marah serta berdendam
mahu saja aku hebahkan segala kisah hitam mu
mahu saja aku berikhtiar membutakan mulutmu
mahu saja aku biar mukamu itu berendam

remuk hatiku kau kacau!
tak senang duduk ku kau buat
aku bukan halimunan sampai kau tak nampak!
apakah hatimu itu batu?
sialan saja kau buat hidupku.

benar katamu aku ini suka tunjuk lagak.
tapi apa salahnya jika aku memang punyai lagak.
bukannya seperti kau bertenggek seumpama gagak.
gila menerpa jiwa yang tak segak.

hampir aku ingin mencabut lidahmu hingga tiada.
bodoh sungguh kau ini,lihatlah semua yang aku ada.
apa aku ada,kau juga ada.
kenapa kau terus bersikap dengki yang tak terkata.

itu kau perlu jawab serta-merta.
ilusi yang nyata,aku,kau adalah sama saja.