19 June 2009

magic



AJAIBNYA DUNIA.


Ambil handphone anda sekarang, dan cuba langkah2 yang saya sebutkan di bawah ini.

Masukkan tiga nombor pertama handphone anda itu(bukannya 012,013,016,017 @ 019) ke kalkulator.

* Darab dengan 80

* Tambah 1

* Darab dengan 250

* Campurkan empat nombor terakhir telefon anda

* Sekali lagi campurkan empat nombor terakhir tadi

* Tolak 250

* Bahagi dengan 2

Cuba tengok kalkulator, betul tak yang tertera itu adalah nombor handphone anda? Kalau tak percaya, cuba sekali lagiā€¦

18 June 2009

warna hidup



sukar untuk tidur.

tidur tidak cukup.

dengan alasan mencari pelangi


16 June 2009

mengapa mesti aku?

tibatiba ada rasa kecewa menyelubungi jiwa. mungkin salah aku. entahlah. meluahkan perasaan pun salah. tak luahkan pun salah. keadaan sekarang ni buat aku serba salah.memang semua salah aku. kenapa kau mesti pilih aku?

AKU.

aku tak cantik,tak hot,tak cool.

aku gemok,montel,berat berlebihan,pendek melampau.

aku pakai baju saiz besar,kadangkadang xde saiz.

aku tak pandai bergaya,tak pandai make up.

aku selalu tak cukup wang ringgit,harta lagilah xde.

aku xde kulit yang halus,mulus,bersih,putih.

aku tak pandai sehingga belajar ke luar negara.

aku selalu perangai buruk,cepat naik angin,marah-marah.

aku ni pelik,kadangkadang ok,kadangkadang bad mood.

aku tak hebat,aku tak bagus,aku tak handal.

aku tak gagah,tak berani,selalu buat kucarkacir.

kesimpulannya,aku gagal dalam segala aspek.lebih baik jauhkan diri daripada aku dan janganlah menyukai aku.aku tak bagus untuk semua orang.jadinya tak siapa pun yang boleh terima aku sebab aku sendiri tak yakin dengan diri.muktamad.noktah.

mungkin kau patut ambil kembali kalimahkalimah cinta itu kerana aku tidak layak mendengar mahupun menerimanya.maaf berjutajuta maaf aku pohon.senyumlah kerana aku tak mampu tersenyum untukmu.

15 June 2009

kenangan

adakalanya kenangan lalu menyakitkan aku.
adakalanya kenangan lalu menyedarkan aku.
adakalanya kenangan lalu membunuh aku.
adakalanya kenangan lalu mengusik jiwa aku.

aku cuba melahirkan rasa gembira.
aku juga cuba melahirkan rasa suka.
tapi apa yang terjadi,adalah sebaliknya.
pedih,sedih,pilu,kecewa,itu yang aku rasa.

konotasikan bahawa hidup ini indah sentiasa.
biar deru angin yang kedengaran di telinga.
sayup-sayup kenangan pergi dengan irama.
walaupun bunyi angin tidak mengeluarkan nada.

aku tak mampu lagi menahan diri.
patutkah aku membiarkan kenangan berlalu pergi?
haruskah aku simpan kenangan itu di dalam peti?
jika dilepaskan seperti ada azab di dalam diri.

p/s: aku tak mahu tersepit.aku hanya mahu bebas tetapi kenangan itu seakan-akan tidak mahu membiarkan aku lepas.jika dibiarkan aku akan menjadi lemas.