pelangi
setelah seharian mencari pelangi.
kenapa aku di jadikan mangsa?
di dalam bas itu,
pada dasarnya,
apa yang terjadi semalam?
jika aku menyanyi lagu dengan irama,
sudahlah aku mahu noktah.
melihat kotak itu aku teringat kamu.
diamdiam bersahaja
pilu,terluka.
apa rasanya jatuh di dlm bas yg agak ramai org.
si tua mendongak ke langit melihat mentari.
di seka peluh yang gugur dari dahi dengan jari.
dapat dilihat garis-garis tua di wajah yang tiada seri.
dia dapat dilihat dengan jelas sedang menghitung hari.
"pak cik,ada apa boleh sy bantu"
dia diam tanpa ada satu seru.
dia bangkit lalu mengambil basikal tua itu.
dia xmengendahkan aku yang ada di situ.
si tua itu seperti sudah melepas tangan.
mual dengan segala yang menjadi persoalan.
salahkah aku ingin menghulurkan bantuan?
mengapa aku pula yang di jadikan sasaran?
tiba-tiba hati ku berbisik hingga ke jiwa.
si tua itu seperti ingin menyampaikan kata.
rupanya dia adalah si kais pagi mkn pagi,si kais ptg,mkn ptg.
pasti si tua itu rasa amat penat hingga kontang
mana anak yang sepatutnya menjaga si tua yang longlai ini?
mana pergi anak yang sepatutnya mencari rezeki?
dari pintu itu dpt kulihat uzurnya si tua ini.
namun dia xpeduli,dia tetap menggagahi.
tipu jika aku katakan biar saja si tua itu.
tipu jika aku langsung tiada kasihan atas si tua itu.
mahu di ajukan soalan tetang anaknya?
atau biar saja tinggal tanda tanya?
bibirku terpaksa aku kunci untuk menjaga hati.
tidak aku tanyakan mana anaknya pergi.
marilah si tua,biar aku menemani kau sepanjang hari.
biar tiada rasa kesepian dan kesunyian di hati.
di lontarkan jiwa ku mengenangkan nasib si tua itu.
bagaimana dia boleh menempuh hidup tanpa meminta bantu.
di sebalik garis-garis tua di wajahnya ada terselit rasa pilu.
wahai si tua,aku bermunajat agar bahagia sentiasa menemanimu.
Empat orang diberi sekeping wang.
Pertama adalah orang Persia, ia berkata, “Aku akan membeli anggur.”
Kedua adalah orang Arab, ia berkata, “Tidak, kerana aku ingin inab.”
Ketiga adalah orang Turki, ia berkata, “Aku tidak ingin inab, aku ingin uzum.”
Keempat adalah orang Yunani, ia berkata, “Aku ingin stafil.”
Kerana mereka tidak tahu erti nama-nama tersebut, mereka mulai bertengkar. Mereka memang sudah mendapat informasi, tetapi tanpa pengetahuan.
Orang bijak yang memperhatikan mereka berkata, “Aku tidak dapat memenuhi semua keinginan kalian, hanya dengan sekeping wang yang sama. Jika kalian jujur percayalah kepadaku, sekeping wang kalian akan menjadi empat; dan keempatnya akan menjadi satu.”
Mereka pun tahu bahawa sebenarnya keempatnya dalam bahasa masing-masing, menginginkan benda yang sama, buah anggur.
~ Jalaluddin Rumi
gentar tak usah aku peduli.